SYNOPSIS
Filem Villa Nabila merupakan filem seram bawah arahan Syafiq
Yusof, anak kepada pengarah terkenal, Dato Yusof Haslam. Filem Villa Nabila berdasarkan
kisah sebenar yang berlaku di rumah terbiar di Pantai Lido, Johor Bharu.
Selepas kejadian budak hilang di villa tersebut, kerajaan
mengeluarkan arahan untuk merobohkan rumah tersebut. Kerja tersebut diserahkan
oleh arkitek (Pekin Ibrahim). Pelbagai kejadian pelik berlaku sepanjang proses
perobohan rumah itu. Apa yang pelik, rumah itu tidak sedikit pun terjejas.
Bingung dengan kejadian tersebut, arkitek itu menyediakan peralatan kamera
untuk menyiasat apa yang berlaku bersama kawan-kawannya.
RATINGS
9/10
Cerita ini memang berlaku namun nama dan maklumat orang
tersebut dirahsiakan demi tujuan keselamatan. Malah, rakaman ketika dirumah itu
juga turut diselitkan dalam filem ini. Menjadikannya sebagai bukti bahawa
walaupun cerita ini dilakonkan semula namun ia mampu memberi impak yang
effektif kepada penonton.
Tetapi, cerita ini lebih seronok dan elok kalau ditonton bersama
orang lain berikutan kes-kes histeria yang berlaku ketika tayangan filem ini.
GALLERY
No comments:
Post a Comment